Assalammualaikum w.b.t
Hye u all. So, hari ni nak share sikit cara2 nak melembabkan bibir. Mesti rimas dan agak mengganggukan bila bibir rasa kering. Apatah lagi kalau bibir merekah. So, cara ni ana sendiri dah cuba.
Cara yang pertama.
Madu. Ya. Madu ni memang banyak khasiatnya dan boleh digunakan untuk merawat masalah bibir kering, pucat dan merekah. Caranya adalah dengan menyapu madu pada bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Amalkan setiap malam sebelum tidur. Cara ni ana sendiri dah cuba. Tapi tak berapa berkesan dengan ana. Mungkin sebab ana selalu jilat n makan madu tu. Yalah, tabiat menjilat bibir ni kan adalah salah satu punca bibir kering dan merekah. Ana dah kurangkan tabiat ni. So, bagi yang baru tahu menjilat bibir ni tidak bagus, sila hentikan tabiat ini.
Cara yang kedua.
Hah, cara yang kedua juga menggunakan bahan2 yang boleh didapati di dapur. Memandangkan adik ana suka baking cakes, bahan ni selalu ada kat dapur. Apa tu? Hah, mestilah marjerin atau mentega. So, apa beza antara marjerin mentega? Ana akan terangkan dalam post akan datang k.
Macam madu tadi. Sapukan pada bibir dan biarkan. Cara ni lebih berkesan dengan ana sebab tak best nak di makan kot. Hehe.
Selain cara diatas, pastikan anda meminum air yang secukupnya dan elakkan terlalu lama berada di dalam bilik yang ada air-cond. So, semoga berjaya mendapatkan bibir yang lembab dan menawan.^_▪.

.jpg)
