Tuesday, 5 April 2016
Jalan Raya
Asalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera..
It have been a long time i haven't post anything here.. haha.. okay. suddenly get bored, feeling like I wanna write something and end up here. Berhabuk sudah ni blog kali x pernah di post apa-apa. Just wanna get my mood for the principle of accounting.. Btw, blog ni cuma tempat aku nak meluah and menulis segala isi hati yang terpendam dan terkubur selama ni. Cewahhh.. nampakkk.. ayat kemain jiwang..
Okay, nak dijadikan cerita, aku dah masuk sem 4 dah ni. means dah dua tahun aku study di sini, 1 tahun stay hostel and maksudnya 1 tahun dah stay luar. Dok rumah sewa ja weh.. Tak dapat duduk asrama dah. Padan muka sendiri, sapa suruh nakal sangat. hehe.. takda lah.. Asrama full dah, tu dok luar. Alahhh.. Lagipun dah besar panjang kan, senior lagi tu (berlagak sikit weh. huhu), mesti lah belajar berdikari sikit, urus diri sendiri. But honestly, kalau nak cerita tentang kos hidup tinggal luar ni memang teramat lah tinggi. Tinggi melambung nun hah. Nak bayar rumah sewa, kereta atau pengangkutan yang disewa, bil elektrik dan air, makan minum lagi, kena lagi jenis kaki lepak and kaki jalan ni memang tak hidup lah alamatnya. haha.. Mencabar weii.. Sapa dok luar time study mesti faham.. Sakit wei.. haha.. kena lagi nak drive kereta pergi balik, bukan setakat minyak ja buat pusing, jammed dia mencabar wei. Menggugat iman ni.. Betul-betul kena uji wei.
Hah, the worst of it. Aku ni cepat panas. Bukan jenis yang cool ja.. Apatah lagi tengah driving ni, marah aku tu, sampai ke garisan putih tengah jalan tu pun aku nak marah sekali wei. Kesian tau.. Tak pasal- pasal garisan tu kena marah.. huhu. Biasa lah, adat di jalan raya, ada yang jenis main keluar masuk jak, ada yang tak reti nak bagi signal. Huh, ni yang paling aku tak suka, susah sangat kah wei, jauh sangat kah signal tu, ikut kan hati, nak ja aku turun kereta, ketuk tingkap kereta orang ni, bagi salam baik-baik, senyum semanis-manisnya and bagi dia tunjuk kat mana signal, cara-cara nak pakai signal. Eeee.. bikin geram lah.. Huh, ada pulak yang reti bagi signal ni, cerdik sangat. Dia nak keluar jalan sebelah kanan, tapi dia bagi signal sebelah kiri.. Adoiii,, Mak oiii.. Sakit jiwa raga ni nak hadap orang gini. Yang terlupa tu boleh di maafkan lagi, yang tak bolehnya yang pemalas nak tukar signal tu. Mati-mati aku ingat engko bubuh signal kiri nak parking, tup tup kau keluar masuk jalan aku, aku siap bagi brek mati dengan bunyi tayar sikit tak nak bagi kereta aku cium bontot kereta kau wei.
Jumpa manusia-manusia gini ni aku memang suka nak bagi hon. Biar dia rasa sikit, bagi dia sedar hah. Tapi one day ni, dengan matahari yang terik memancar, aku pun selamba nak gayakan sikit cermin mata baru aku, baru ada stylekan. hah. Then, aku hampir berlanggar dengan sebuah kereta putih ni, aku pun bagi hon siap-siap kat dia. Then aku overtake dia, aku pun ambil kesempatan nak tengok gerangan manusia yang kena hon aku, bila aku menoleh jak. Ooooo, rupanya baru belajar bawak kereta beb. Masih lagi bingung-bingung tak tahu nak buat apa. Kesian pulak. Rasa bersalah pulak. Then aku teringat first time aku driving, aku boleh buat jammed kat jalan kampung aku yang tak pernah jammed. aku bawak 20km/h jak kot. Hahah.. biasa lah adat be ajar kan. Each of us is a beginner kan. Then aku jumpa lagi sebuah kereta ni, dia bawak sebelah kanan 40 km/h jak weh. Then aku nampak driver dia ni dah berumur rupanya, dia ambil jalan kanan awal-awal sebab nak pusing roundabout, tak larat nak tukar lorong last minute kot, aku pun ikut ja lah mengekor kat belakang kereta tu. Nak overtake belah kiri pun sama jugak. Haha,, Biasa lah, orang beumur ni, considerlah.
Banyak lagi peristiwa yang membuka mata aku, mengajar aku ni yang tahu nya nak marah jak, nak cepat jak untuk banyakkan bersabar dan bertolak ansur sikit. Tapi apa yang penting, kau dah tak hon and marah orang sesuka hati, masing-masing ada sebab tersendiri, malah mungkin ada yang tidak disengajakan. Kecuali yang dah ketara sangat, jelas lagi bersuluh nak bagi tunjuk biadap dia tu memang patut kena hon panjang-memanjang sepanjang-panjangnyaaaa. Haha.. Hah.. Bagi yang selalu sangat nak menyumpah and mencarut tu, mari lah kita bersama-sama menghakis tabiat buruk ni dari diri kita ya. Kita ganti, sentiasa beristighfar and doakan yang baik-baik untuk manusia-manusia di jalan raya ni.
Dea
Subscribe to:
Comments (Atom)
