Tuesday, 10 June 2014

Lawak




Dipanah petir pun senyum!

   Seorang Inspektor Polis, masuk ke bilik mayat Hospital Ampang, Selangor setelah menerima laporan kematian tiga pemuda secara serentak. Selepas memeriksa mayat2 itu, pegawai polis itu terperanjat, tuntas bertanya kepada penjaga bilik mayat yang turut bersamanya.

Inspektor: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba2 sakit jantung, terus meninggal. Lelaki kedua pula khabarnya menang 4D, terkejut terus mati. Manakala yang ketiga, sedang main bola. Selepas dia skor gol, disambar terus mati.

Penjaga: Aiii..., disambar petir pun senyum?



Penjaga: Masa tu dia ingat jurugambar ambil gambarnya, tengok jarinya pun sedang menunjukkan lambang peace.!!


Pening seorang posmen.


   Posmen datang menghantar surat ke rumah Wak Karimon.

"Assalammualaikum".
"Waalaikumussalam".
"Ni..., rumah Wak Karimon?"
"Ya, benar. Sayalah Wak Karimon."
"Huuuhhh..., pening saya nak cari alamat rumah wak, jauh sangat".
"Laaaa...., buat apa susah2 hantar, awak pos aje la."


Anak encik meniru!



   Cikgu: Encik, anak encik Si Samad didapati meniru Ali dalam peperiksaan semalam.
Bapa: Awak jangan tuduh2. Ada bukti ke?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor empat ni. Siapakah yang menemui Pulau Pinang? Samad anak encik, jawab, kalau Ali tak tahu, aku lagi tak tahu.

Hahahha.. Mulakan hari anda dengan senyum.

No comments:

Post a Comment